Love.Like.Life 3 L

hmm. *sigh* lama tak menulis dekat blog ni. lama sangat menyepi ditambah pula dengan kekurangan idea. baik, takperlu nak berdrama la sgt kan. 

Alhamdullilah banyak pengalaman muncul dari bulan1 - bulan 9 2014. 

Sepanjang bulan ni,macam-macam pengalaman baru timbul,muncul juga macam-macam jenis ragam aneka warna perangai manusia.  

Bulan 1 - hujung Bulan 2 : 

dalam bulan ni,start kerja full time sbg pembantu jualan. Ditempatkan di tingkat 3,bahagian kasut sekolah. hmm mula-mula tu memang rasa kekok teramat. tapi lepas dapat bimbingan dari akak/abang yg pengalaman kerja situ akhirnya dapat jua perlahan-lahan sesuai kan diri ni. 

masa ni la jumpa macam jenis ragam manusia. masyaAllah tak terlayan ramai nya nak membeli kasut sekolah,nak pulak time tu memang cuti sekolah dah nak habis. tapi Alhamdullilah, dapat juga layan karenah semua. yang jenis ragam manusia yang lain takperlu nak cerita hehe

kerja ni pun bukan nya nak lama mana pun, niat di hati nak bekerja sampai bulan 3 je pun. haaa ni nak belanja sikit gambar hehe 

masa ini la kenal semua jenis kasut,harga dan sebagainya. tapi harap maklum tak jual kasut b-first la haha

masa ni jgn cakap la pandang je kaki bdk tu dah boleh tahu saiz. tp kalau sekarang tanya memang tak ingat la hehe tu la orang kata " Ilmu tanpa amal tu sia-sia je" 

walaupun gaji yang diberi tak banyak,tapi bersyukur dapat beri sikit wang pd mak dan ayah. walaupun tak bnyk tp dpt juga beri pd mereka berdua. 

haa ini gambar kawan-kawan kat sana hehe 


alhamdullilah sampai sekarang masih berhubung lagi :) 

Bulan 3-Bulan 6

maka,setapak lagi untuk proses pembelajaran. Alhamdullilah ditawarkan utk melanjutkan pelajaran ijazah sains sukan di UiTM Seremban 3. rasa memang seronok teramat sebab dekat sikit dengan rumah dekat melaka hehe

Ijazah bukan perkara yg mudah. dalam tahap ini perlu banyak  memahami,mengaplikasikan,menyampaikan ilmu tu dalam kehidupan seharian. bila lihat diri ini tak beberapa pandai,amat lah susah nak cepat "adapt" dengan peringkat ijazah. InsyaAllah perlahan-lahan cuba :)

 
gambar 3 : 1 presentation ( subjek psikologi sukan)

hari semakin pantas berlalu, setelah di hadap test/quiz/presention dah sebagainya maka FINAL EXAM pun menyusul. dengan iringan carrymark yg tak seberapa *sigh* maka di hadap kan juga final exam ni, dgn harapan semua subjek lulus dan cgpa atas 3.Alhamdullilah,apa yang diharap capai juga tapi naik semester 4 ini kena berubah apa yg perlu diubah " buang yg keruh ambil yg jernih" 

Bulan 7

bulan 7 merupakan hari yang penuh bermakna dalam kehidupan aku. seperti mana korang tahu ( tak semua) bulan 7 merupakan hari aku di lahirkan di muka bumi. 

terima kasih tak terhingga kepada kawan/sahabat/saudara/ahli keluarga yg menyampaikan ucapan/doa yang baik-baik sahaja. Semoga Allah memberkati kita semua. insyaAllah :) 

Alhamdullilah 2014 - 21 tahun :) 

"Like" dan "Love" 


dua konsep yang berlainan erti nya. setiap hari, aku perhati je dekat TL twitter penuh betul dengan tweet-tweet berkaitan perasaan ni sampai kadang kala aku pun terjerumus sekali . lol

ada juga yg tak putus-putus menanyakan soalan tentang soal pasangan pada aku cnth nya " kim, awek sihat? dah ada awek baru diam je ekk" aku pun tak tahu nak cakap ape. cakap betul pun tak,cakap tidak pun tak. biarkan mereka tertanya-tanya haha lol 

soal suka atapun sayang ni sesuatu benda yang "subjektif" . ni disebabkan kerana lain orang,lain cara penyampainya. sbg cnth la cara presentation dalam kelas,masing-masing berbeza cara penyampai nya kan. ada suara slow,ada suara kuat gila. 

dalam soal suka ataupun sayang susah nak dirungkai kan. bukan semua jenis berterus terang,ada jenis yang "double meaning". sbg cnth : dia tak kan mengaku dia suka/sayang pd seseorang tapi dia akan perhati/awasi segala yg berlaku pd seseorang tu. bila seseorang tu sedih,dia ada. bila seseorang tu duka,dia ada. 

tu la susah nak cakap pasal dua benda ini. besar skopnya bagi aku. haha aku ni jenis garang sikit ,pendiam tak reti nak express perasaan suka/sayang or ape pun tapi lebih suka express kan perbuatan daripada percakapan. tapi lagi indah/bagus jika dapat buat dua benda (percakapan/perbuatan) sekali gus haha rasa macam "susah'' nak berlaku

kepada siapa yang aku "care" biarlah aku dan Allah sahaja yang tahu. simpan nama dalam doa. semoga Allah yang Maha Esa shj yg jaga. kan lagi elok? kalau ada jodoh tak kemana kan,kalau bodoh tak kemana gak haha 

k la dah rasa mengantuk *menguap* 

semoga kita bertemu lagi. mungkin dua bulan, mungkin 6 bulan. mungkin setahun haha mungkin esok tiada lagi hari untuk kita hmm :) 

harapan untuk semester seterusnya : 

" less talk,more work" 

"Semoga Allah permudahkan urusan Abd Hakim,ahli keluarga serta kawan untuk urusan dunia mahupun akhirat. insyaAllah :) "








 


Perkara yang ingin dikongsi bersama semua

Assalamualaikum dan selamat petang kepada warga pembaca :)

Alhamdullilah,di saat ini terdapat sedikit masa untuk menulis sedikit perkara yang ingin dikongsi bersama.Perkara yang akan ditulis ini akan dijadikan nasihat kepada diri sendiri dan warga pembaca sekalian


1-Persoalan tentang kematian

Semenjak balik dari rumah,perkara ini sering bermain di minda.Sebelum tidur,perkara ini selalu timbul dalam otak pemikiran.antaranya "bagaimanakan keadaan aku mati kelak,adakah dengan cara elok ataupun sebaliknya".Adakalanya,sehingga takut untuk tidur di waktu malam kerana takut akan "tidur selama-lamanya" ke esokkan harinya.Di dalam kubur yang penuh gelap gelita,yang tiada cahaya yang bakal menerangi sepanjang berada di sana itu pun bergantung berapa banyak amalan yang kita dah buat.Allahu,macam manalah keadaan di dalam kubur yang sebenar.

2-Berkawan dengan semua orang

Hidup kita takkan bahagia kalau hidup sorang-sorang.Setiap daripada kita perlukan teman/kawan untuk sama-sama berkongsi saat-saat di dunia."Banyak orang,banyak ragam".Yes,sudah tentu.Kita akan berjumpa dengan bermacam-macam jenis aneka perangai kawan-kawan.DAN segala perangai ini akan mendewasakan kita untuk menghadapi dunia ini.Ada kawan yang akan menyokong,ada kawan yang suka mengutuk,ada kawan yang hilang ketika sedih atau susah dan bermacam-macam jenis kawan.Kita kena bersedia awal untuk menghadapi perangai kawan-kawan.Apa pun berkawanlah dengan semua orang,fahami perangai mereka dan belajar daripada mereka.Maksud saya,sikap baik dari mereka kita jadikan pedoman,sikap buruk mereka, kita jadikan sempadan.
Saling menasihati sesama rakan. Bukankah hidup ini saling memerlukan? ;)

3-Hidup penuh dengan persoalan

Jodoh,pertemuan,ajal dan maut sering menjadi persoalan dalam hidup ini.4 persoalan ini akan terjawab suatu hari nanti.

  • Jodoh-harapkan kita dapat jodoh yang baik,yang bersama-sama melakukan perkara baik untuk ke syurga.Sama-sama menyokong,menasihat dan menolong.Alangkah indahnya dapat hidup seperti ini kelak ;)  Amin *nasihat berguna :  https://www.facebook.com/photo.php?v=681278525240253&set=vb.331481044571&type=2&theater
  • Pertemuan-" Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti". Dalam hidup ini pasti akan ada yang pergi dan datang.
  • Ajal dan Maut-Hal ini sudah PASTI setiap makhluk yang bernyawa di muka bumi ini
4-Dengar penjelasan sebelum menghukum

Jika terdapat masalah yang berlaku di antara dua pihak,alangkah bagusnya jika sebelah pihak mengalah.Sampai bila nak bergaduh?.Perkara yang sangat PENTING ialah dengar penjelasan daripada kedua-dua pihak.Kadang-kadang kita ini selalu menghukum tanpa mendengar penjelasan.
Selepas ini,kita ubah perangai kita yang suka menghukum kepada dengar penjelasan dahulu.boleh kan ? ;)

5-"Banyak baca buku hingga terlupa baca Al-Quran"

Ayat ini timbul ketika sedang membaca "Timeline" twitter tempoh hari.Ayat ini cukup mendalam makna nya.hmm..Kita sibuk belajar ilmu-ilmu sehingga terlupa untuk membaca Al-Quran.InsyaAllah perkara ini kita ubah perlahan-lahan yee :)

"Semua orang berpeluang untuk berubah,jangan cipta alasan untuk tidak berubah ke arah kebaikan" :)

Hidup mesti diteruskan walau apa pun yang terjadi....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...