Ada hikmah di setiap perkara (Part 1)

Kisah kedua kali ni berkisarkan tentang kehidupan seorang yang hidup dalam keadaan mewah, Kali ni nak ceritakan perihal seorang ayah yang tidak ingin memberikan apa yang diingini oleh anaknya...


 Ayahnya seorang yang kaya , bekerja sebagai pengurus di sebuah syarikat ternama di Malaysia . walaupun memiliki perbagai aset yang berharga , tapi ayahnya seorang yang baik hati, tidak sombong , berfikiran terbuka dan sering adil terhadap pekerjanya .Nama beliau ialah Encik Ahmad .semua pekerjanya amat menghormati diri beliau kerana mempunyai perwatakan yang baik terhadap mereka. Tetapi perwatakan ini tidak langsung dicontohi oleh anak dia , jauh sama sekali . Anak nya yang bernama Amin juga amat dikenali di sekolah bukan kerana mempunyai perwatakan yang baik tetapi sebaliknya . Nama Amin sering meniti di mulut cikgu cikgu di sekolah kerana mempunyai perwatakan yang teruk.

Isteri Encik Ahmad telah meninggal dunia sejak Amin dilahirkan lagi , Amin telah dibesarkan tanpa kasih sayang daripada seorang ibu , ditambah pula ketika itu ayahnya sedang sibuk mencari rezeki untuk menyara kehidupan mereka memandangkan pada saat itu bapa baru sahaja memulakan perniagaan , jadi pelbagai dugaan yang datang bertubi tubi . Dijadikan cerita , Amin telah kehilangan kasih sayang seorang emak dan hilang perhatian daripada bapanya sendiri . Amin telah dibesarkan di rumah makciknya di Kuala Lumpur , jadi amin telah dibesarkan di kehidupan kota yang penuh dengan cabaran jugak . Kelakuan Amin semakin lama semakin menjadi jadi.Kadang kala ayahnya ada datang menjenguk tetapi hanya seketika sahaja . Selang beberapa tahun kemudian , Amin telah menjadi dewesa , pelbagai perkara buruk dan baik telah dipelajari tanpa tunjuk ajar dan pengetahuan bapanya sendiri,Encik Ahmad.

Selang beberapa tahun kemudian tu jugak, syarikat Encik Ahmad  mendapat keuntungan melipat ganda dan kehidupan Encik Ahmad semakin kaya . Apa sahaja yang dituruti oleh Amin ditunaikan sahaja oleh Encik Ahmad. Semakin lama , perangai Amin menjadi jadi dan hal ini disedari oleh Encik Ahmad . Amin sering kali mengeluh , memaki hamun jikalau apa yang diingini tidak ditunaikan . Encik Ahmad sedar punca sikap buruk Amin ini berlaku kerana puncanya sendiri , tidak memberikan tunjuk ajar yang baik kepada anaknya sendiri.

Di alam persekolahan, Amin amat dikenali sebagai seorang pelajar yang jahat ,sering sahaja ponteng kelas, buli orang, ramai kawan kawan seangkatannya memandangkan Amin ini datang dari keluarga yang berada , apa yang diminta oleh kawannya akan dituruti , rokok?duit? semuanya tiada masalah baginya.Semakin lama , perangainya menjadi jadi , tingkah laku nya telah dilaporkan kepada bapanya. Apa yang mampu lagi Encik Ahmad lakukan? bila ditegur , memarahi amin , si amin ni akan marah balik , masuk bilik dan hantak pintu kuat kuat . Encik Ahmad telah banyak bersabar dengan tingkah laku anaknya....

Keputusan SPM telah diumumkan , keputusan yang Amin dapat teruk sungguh . Dia taknak meneruskan pelajaran lagi , nak duduk rumah dan hanya makan duit hasil kerja bapanya sendiri...Satu hari tu, dia telah bercakap ayahnya dan inginkan sebuah kereta. Tetapi Ayahnya tidak menghiraukan apa yang diminta oleh anaknya sendiri . Fuhh apa lagi bertambah tambah marahlah si amin ni kan....

Selang beberapa hari kemudian,Encik Ahmad telah memanggil anaknya ke dalam biliknya . Beliau telah menyerahkan sebuah buku tebal yang mempunya tajuk tersendiri ...


adakah Amin inginkan buku tersebut?Apa yang terdapat dalam buku tersebut?



Bersambung Part 2 . Saksikan sedutan yang akan datang.... muehehehehe

Tanggal 26 November

hai >,< and assalamualaikum .....

                                           senyuman anda sungguh menawan :)

Act,tak banyak nak cakap untuk entry kali ni . sebab tak ada apa yang penting sangat pun . muehehe . tapi pada 26 november tu , mak long tiba tiba kena strok . Mak long ni sebelah keluarga ayah , kiranya akak kepada ayah saya la yeee . haaa paham kan? *anguk anguk*

macam ni cite dia , time tuu tengah sibuk onlinee ,dalam pukul 12 lebih, tweet tweet dekat twitter * jangan lupa follow eh* click dekat about me tu , ada link . eh sempat pulak promote ehh . muehehehe , pas tu , tiba tiba nampak ayah tiba tiba ayah bukak pintu bilik . wah terperanjat gilaaaa , dah la time tu tengah tepon orang . hahaha . memang cover baik punya kan .

Ayah cakap mak long kena strok , cepat cepat siap ,kita pergi hospital melaka . ada jugak dengar perbualan antara mak dan ayah , rupanya mak long dah masuk hospital petang ,cuma berlainan hospital jee . ayah nampak macam bengang je , asal tak bagitahu awal2 kan , karang lagi risaukan hati jeee . hehe . sabar yokk ayah :) then , naiklah kereta .. adui minyak dalam kereta dalam sikit pulak dahhh , kiranya dalam pukul 12 lebih cenggitu la kan , stesen petronas dah banyak tutup . ape lagikan , tawakal dan rehdo je lah . abes minyakk , tolong je kereta sampai rumah *eh ingat dekat hospital ke rumah saya ke?* hahaha .

dipendekkan cerita , ayah cakap keadaan mak long okay sikit , cuma kaki belah kiri rasa macam sejuk semacam . but okay la :) dan selamat sampai ke rumah walaupun minyak tinggal sikit giler :p

                                                                     CC : Mak Long :)

Buatlah sesuatu perkara hanya kerana Allah s.w.t :) (Part 2)

........Setelah beberapa minit kemudian,akhirnya wanita tersebut sudah kekenyangan lalu dipanggil Aminah untuk mengira semua jumlah harga yang perlu dibayar. Harga yang perlu dibayar tidaklah terlalu mahal memandangkan wanita tersebut hanya memesan air teh panas dan nasi goreng , tetapi wanita tersebut telah memberi RM50 kepada Aminah . Aminah bergegas masuk semula ke dalam kedainya untuk menukar duit itu untuk diberikan semula baki kepada wanita tersebut. Belum sempat Aminah ingin memulang semula baki wang itu ,si wanita itu telah meninggalkan dia . Aminah juga terlihat ada sepucuk surat yang telah dihempap sekali dengan pinggan .

Di dalam sampul surat tersebut terdapat kata kata dan sejumlah wang yang amat besar. Jadi inilah kata kata di dalam surat tersebut " Wahai orang kampung yang budiman, tadi sebelum aku singgah ke kedaimu ,kereta aku telah kerosakkan di tengah tengah kampung ini. Jadi, aku dalam ketakutan memandangkan bermacam macam perkara yang sering berlaku dalam hidup sekarang, tiba tiba datang seorang lelaki datang menolongku dengan bersungguh sungguh tanpa memikirkan ganjaran yang ingin aku berikan . Lelaki tersebut telah mengatakan padaku bahawa ganjaran tersebut perlu diberikan kepada orang yang betul betul memerlukan.Jadi,aku rasa engkau lah orang tersebut"


Aminah kelihatan amat bersyukur kepada Allah dan kegembiraan amat tak terkata .Lalu dia bergegas menutup kedainya dan pulang untuk bertemu suami tersayangnya di rumah. Setibanya di rumah , dia terlihat suami yang sedang keletihan bekerja lalu dikejutkan perlahan lahan "Bang bang, bangunlah kejap bang...bang,bang bangunlah kejap.. minah nak cakap sedikit ni bang" dengan nada yang sayu . terpinga pinga si suami tersebut bangun lalu bertanya mengapa wahai isteriku . Aminah lalu menjawab "Bang, hari ni kita dapat rezeki banyak bang ,cukup untuk anak kita yang bakal lahir ni kelak "


Dipendekkan cerita rupanya suami si Aminah ini bernama Kassim yang telah menolong wanita yang dalam kesusahan tadi dengan ikhlas ,jadi Allah telah memberikan ganjaran kepada nya semula . Ada hikmah di setiap kejadian.. Koleksi cerita ayah ini amat bermakna dalam diri ini, sentiasa bermain dalam fikiran..



Jadi kesimpulannya, Jika kita ikhlas menolong orang , mungkin suatu hari nanti apabila kita dalam kesusahan ,akan datang orang yang akan menolong kita juga :)) hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui setiap kejadian :)

Menanti Semester 4 :)

hmm tak lama lagi dah nak balik semula ke tempat belajar ,kalau dekat takpe lah jugak kan . ini hujung malaysia . muahaha . itu yang malas sikit nak balik sana nanti , even dah setahun stay dekat sana tapi bila naik je cuti sem mesti ada rasa malas membelenggu dalam diri . heh biasa la tu kan :p




okay kalau kita lihat pada gambar kat atas ni , semua pasti paham kan ..PLAN untuk cuti semester 3 kali ni banyak menjadi antaranya belaja memasak dengan adik beradik,jadi suri rumah .Dan pada pandangan sy,menjadi suri rumah ini bukanlah senang . susah la jugak .kena lakukan banyaj perkara setiap hari . haaaa boleh ? boleh ? jadi, ketabahan seorang wanita itu memang tidak dapat ditanggani . Honestly, kadang kadang bila sy sebagai seorang lelaki menjadi suri rumah untuk cuti sem kali ni pun kadang kadang mengeluh , dan cuba kitn pikir sejenak ,bagaimana pula ibu kita menjadi suri rumah semasa kita kecil dulu . dah la kena kemas rumah, memasak,cuci pinggan,sidai kain baju .then,kena lagi jaga kita yg banyak dengan ragam . hmmm . bukan mudah,bukan mudah...



 Tapi ada beberapa plan lagi yang pasti lengkap kelak . InsyaAllah kelak tidak kira sebelum naik cuti or ketika sem 4 nanti . hanya bergantung pada Ilahi sahaja yang menentukan :)



Buatlah sesuatu perkara hanya kerana Allah s.w.t :) (Part 1)

Ayah memang minat bercerita kepada anak anak dia tentang kisah kisah teladan setiap hari . Antara kisah yang menarik minat sy ialah kisah seorang wanita yang telah kerosakan kereta di kampung yang tidak dikenali. ehem nak baca ke tidak eh? *anguk anguk* okay cenggini ha cerita ni haaa.

Pada hari itu, hujan turun lebat di sebuah kampung .Then, pada masa itu jugak terdapat sebuah kereta yang telah dinaiki oleh seorang wanita yang mempunyai latar belakang yang mewah , telah tersandar di bahu jalan disebabkan tayar keretanya telah bocor . al maklumlah wanita kan hanya pakar di dapur je . hehe . jangan marah eh :p then, dia sungguh takut untuk turun meminta pertolongan dari orang kampung,jadi dia duduk terdiam jelah dalam kerete tu. TIBA TIBA lalu seorang lelaki yang dalam lingkungan usia 30 an ternampak kereta dia lalu terus datang dan bertanya kepada wanita tersebut .Lalu dijawab wanita tersebut bahawa tayar kereta dia telah bocor , jadi si Kassim ini aitu lelaki tersebut menyuruh wanita tersebut supaya dapat membuka bonet belakang keretanya untuk mengambil tayar spair untuk digantikan dengan tayar yang bocor itu.


Selang beberapa minit kemudian akhirnya , akhirnya tayar kereta tersebut telah ditukar semula ^^' jadi wanita tersebut berasa sungguh gembira lalu ingin memberi ganjaran kepada Kassim , tetapi dengan berbalas dengan hanya senyuman yang terukir di bibir kassim lalu dia berkata dia ikhlas melakukan pertolongan tersebut tanpa memerlukan apa apa ganjaran .Kassim juga memberitahu bahawa seeloknya berikanlah ganjaran tersebut kepada yang memerlukan . Setelah habis berkata kata,akhirnya Kassim berlalu bergitu sahaja dan timbul rasa bersalah dan pertanyaan di dalam hati wanita tersebut .


Lalu dia terus menghidupakn enjin kereta nya dan disepanjang dalam perjalanan apa yang dikata oleh kassim tadi terus bermain di dalam fikiran dia. Dia amat mengkagumi sikap dan perlakuan yang dipaparkan oleh si Kassim . Di dalam perjalanan, tiba tiba perutnya terasa sangat sangatlah lapar , itu lahkan duduk dalam kereta tu lama lama sangat , takut sangat nak cari bantuan . muehehe . Jadi, dia ternampak sebuah kedai yang kecil yang ketika itu tiada seorang pelanggan pun yang datang untuk menjamah selera kerana disebabkan hujan yg terlalu lebat . Lalu dia singgah sebentar untuk menjama sedikit makanan sebelum meneruskan perjalanan . Di kedai itu,dia ternampak seorang perempuan yang sedang sarat mengandung . Lalu datang perempuan yg mengantung tersebut datang kepada dia lalu memperkenalkan diri sebagai Aminah dengan senyuman yang paling manis dan ingin menulis pesanan yang ingin diminta oleh wanita tersebut dengan kata kata yang sopan. Di kedai itu juga timbul lagi satu perasaan di lubuk hati wanita tersebut bahawa ada juga orang yang berkerja sambil tengah sarat mengandung dan mampu menangini emosi ketika sedang bekerja,dilihat melalui pakaian , mungkin perempuan yg mengandung itu datang dr keluarga yg susah dan memerlukan bantuan memandang dia memerlukan bantuan kewangan kepada anak yang bakal dilahirkan nanti ......



 to be continue part 2 .muehehehehehe

Kembali semula setelah sekian lama menyepi

     
hai there and assalamualaikum ^^' , terlalu lama tidak menulis dalam dalam blog ni ha kan . disebabkan kesibukan belajar dan macam-macam la kan. hehe. Setelah lama menyepi,akhirnya sy mengambil keputusan untuk kembali semula menulis/mengkarya di dalam blog ni haa. kalau sesiapa yang perasan, blog ini telah diubah kepada yang lagi elok atau kata erti lain telah dibaik pulih , sekurang kurangnya ada sedikit usaha untuk menarik minat followers untuk membaca . hehe . Tidak lupa juga sy ingin sampaikan ribuan berbanyak banyak terima kasih kpada someone yang telah membantu untuk membaik pulih blog yg dulu buruk gila menjadi sebegini . awesome LOL :) nak tahu ke sape ? heh mana boleh kan . muehehehe . biarlah menjadi rahsia kami berdua :p



      Sebenarnya apa perkara yang sy ingin kongsikan bersama . yelah kan ,dah lama sangat duduk menyepi . hehe . dan lihatlah dan baca apa yang ingin sy tulis/kemukan di dalam blog ini kelak k . sy pun masih terlalu awal dalam bidang but I will try my best ^^'


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...