Perkara yang ingin dikongsi bersama semua

Assalamualaikum dan selamat petang kepada warga pembaca :)

Alhamdullilah,di saat ini terdapat sedikit masa untuk menulis sedikit perkara yang ingin dikongsi bersama.Perkara yang akan ditulis ini akan dijadikan nasihat kepada diri sendiri dan warga pembaca sekalian


1-Persoalan tentang kematian

Semenjak balik dari rumah,perkara ini sering bermain di minda.Sebelum tidur,perkara ini selalu timbul dalam otak pemikiran.antaranya "bagaimanakan keadaan aku mati kelak,adakah dengan cara elok ataupun sebaliknya".Adakalanya,sehingga takut untuk tidur di waktu malam kerana takut akan "tidur selama-lamanya" ke esokkan harinya.Di dalam kubur yang penuh gelap gelita,yang tiada cahaya yang bakal menerangi sepanjang berada di sana itu pun bergantung berapa banyak amalan yang kita dah buat.Allahu,macam manalah keadaan di dalam kubur yang sebenar.

2-Berkawan dengan semua orang

Hidup kita takkan bahagia kalau hidup sorang-sorang.Setiap daripada kita perlukan teman/kawan untuk sama-sama berkongsi saat-saat di dunia."Banyak orang,banyak ragam".Yes,sudah tentu.Kita akan berjumpa dengan bermacam-macam jenis aneka perangai kawan-kawan.DAN segala perangai ini akan mendewasakan kita untuk menghadapi dunia ini.Ada kawan yang akan menyokong,ada kawan yang suka mengutuk,ada kawan yang hilang ketika sedih atau susah dan bermacam-macam jenis kawan.Kita kena bersedia awal untuk menghadapi perangai kawan-kawan.Apa pun berkawanlah dengan semua orang,fahami perangai mereka dan belajar daripada mereka.Maksud saya,sikap baik dari mereka kita jadikan pedoman,sikap buruk mereka, kita jadikan sempadan.
Saling menasihati sesama rakan. Bukankah hidup ini saling memerlukan? ;)

3-Hidup penuh dengan persoalan

Jodoh,pertemuan,ajal dan maut sering menjadi persoalan dalam hidup ini.4 persoalan ini akan terjawab suatu hari nanti.

  • Jodoh-harapkan kita dapat jodoh yang baik,yang bersama-sama melakukan perkara baik untuk ke syurga.Sama-sama menyokong,menasihat dan menolong.Alangkah indahnya dapat hidup seperti ini kelak ;)  Amin *nasihat berguna :  https://www.facebook.com/photo.php?v=681278525240253&set=vb.331481044571&type=2&theater
  • Pertemuan-" Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti". Dalam hidup ini pasti akan ada yang pergi dan datang.
  • Ajal dan Maut-Hal ini sudah PASTI setiap makhluk yang bernyawa di muka bumi ini
4-Dengar penjelasan sebelum menghukum

Jika terdapat masalah yang berlaku di antara dua pihak,alangkah bagusnya jika sebelah pihak mengalah.Sampai bila nak bergaduh?.Perkara yang sangat PENTING ialah dengar penjelasan daripada kedua-dua pihak.Kadang-kadang kita ini selalu menghukum tanpa mendengar penjelasan.
Selepas ini,kita ubah perangai kita yang suka menghukum kepada dengar penjelasan dahulu.boleh kan ? ;)

5-"Banyak baca buku hingga terlupa baca Al-Quran"

Ayat ini timbul ketika sedang membaca "Timeline" twitter tempoh hari.Ayat ini cukup mendalam makna nya.hmm..Kita sibuk belajar ilmu-ilmu sehingga terlupa untuk membaca Al-Quran.InsyaAllah perkara ini kita ubah perlahan-lahan yee :)

"Semua orang berpeluang untuk berubah,jangan cipta alasan untuk tidak berubah ke arah kebaikan" :)

Hidup mesti diteruskan walau apa pun yang terjadi....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...