Untuk mu wanita ~


Kepada setiap muslimah yang rela Allah swt sebagai Rabbnya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad sebagai Rasulnya.
Kepada setiap pendidik yang berjihad di jalan Allah dengan untaian kalimahnya, menjaga norma-normanya dan menyucikan jiwanya.
Kepada wanita yang bimbang dan bersedih, berbahagialah dengan dekatnya kemudahan, datangnya pertolongan Allah swt serta janji pahala yang besar dan terhapus segala dosa.
Tidak ada kecantikan bagi seorang wanita, tiada pula keindahan, harga diri dan kedudukan kecuali beriman kepada Allah swt. Apabila dirinya tegak di atas jalan ini, maka dia lah wanita yang mendapat petunjuk, diterima amalnya dan menjadi wanita pilihan disisi Rabb-Nya.
Namun, jika dia melepaskan jalan kebenaran tersebut, kafir terhadap Tuhannya, mengingkari agamanya dan melepaskan tuntutan-Nya, maka dia lah cermin kepada wanita yang murahan, hina dan terbuang.
Pada saat itulah sinar kecantikan seorang wanita mula menghilang, walau berkalung gugusan bintang di langit, meskipun bermahkota bintang gemini dan matahari terbit di keningnya.
Wahai wanita muslimah yang jujur, wahai wanita mu'minah yang selalu kembali kepada Allah.
Jadikanlah dirimu itu seperti sepohon kurma. Jauh dari keburukan, menjulang tinggi menghindar dari sifat mengangau. Dilempar dengan batu dia menjatuhkan buahnya, tetap hijau pada musim panas mahupun dingin dan memberikan manfaat kepada sekalian manusia.
Jadilah engkau orang yang menjauhi perkara-perkara yang rendah, keperibadianmu terjaga dari segala pola hidup yang menipu rasa malu. Ucapanmu adalah zikir, pandanganmu melahirkan ibrah (pengajaran), diammu adalah berfikir.
Saat itulah engkau mendapatkan ketenangan dan akan diterima oleh penduduk bumi. Tercurah segala pujian yang baik-baik, doa yang jujur dari semua makhluk, dan Allah swt akan menjauhkanmu dari awan kesempitan, bayang-bayang ketakutan, dan gumpalan kekeruhan.
Tidurlah berbantalkan curahan doa orang-orang mu'min, lalu bangunlah untuk meraih pujian yang ditujukan kepadamu. Saat itulah engkau mula menyedari bahawa kebahagiaan bukan terdapat pada simpanan harta, kad kredit dan kereta, rumah yang bagaikan istana, mahupun pada kasih nya seorang manusia, namun pada ketaatan terhadap Zat Yang Maha Terpuji. Kedamaian hidup bukan pada hiasan keduniaan, bukan pula mengabdi kepada hamba, namun kepada kepatuhan terhadap Zat Yang Maha Mulia.
Pesanku, jadilah seorang wanita yang bermaruah, yang punya kedudukan tinggi di sisi Tuhannya. Di mana namanya sentiasa disebut-sebut dalam kalangan para malaikat, dan yang berjaya memperoleh cinta yang Teragung, iaitu cintanya Ya Rabb lantas menjadi wanita yang paling bahagia di dunia.
Sumber Grafik : deviantart.net

sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia ?




antara sedutan kisah kisah seram....


Seringkali dicanang dan dimomokkan di dalam cerita seram yang ditayangkan di television bahawa sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia. Kenyataan ini meragukan kerana tidak pernah dinyatakan asas sandarannya daripada Al-Quran dan hadis. Bagaimanapun, ia seolah-olah sudah menjadi fakta yang diterima ramai sehingga penerbit filem seram berani menggunakan kenyataan di atas sebagai dialog yang digunakan di dalam filem mereka.
Asas pertama yang perlu dipegang apabila membicarakan perihal jin dan malaikat ialah keimanan kepada perkara ghaib. Oleh kerana alam jin adalah alam ghaib yang terhalang daripada alam nyata. Manusia tidak boleh berbicara tentang jin kecuali mengikut neraca Al-Quran dan Al-Sunnah.
Firman Allah ;
يَا بَنِي آدَمَ لا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُمْ مِنَ الْجَنَّةِ يَنْزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْآتِهِمَا إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لا تَرَوْنَهُمْ إِنَّا جَعَلْنَا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ لِلَّذِينَ لا يُؤْمِنُونَ
Wahai anak-anak Adam! janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.
(Al-Araf :27)
Hanya kedua-dua sumber itu mampu menelah dan menembusi alam jin. Sesiapa sahaja yang ingin mengutarakan buah fikiran mengenai alam jin perlu terlebih dahulu merujuk Al-Quran dan Al-Sunnah supaya umat Islam tidak berpegang kepada asas yang rapuh, tidak berasas atau disuap dengan fakta karut dan khurafat yang tidak banyak membina iman dan minda.
Kenyataan yang terlalu umum "sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia" ini secara tidak langsung akan menzalimi sebahagian jin Islam yang dipuji Allah SWT dan disebut kisah mereka di dalam Al-Quran. Mereka ialah generasi awal jin Islam yang bertanggungjawab menyebarkan Islam kepada makhluk jin kerana jin dan manusia mempunyai tanggungjawab agama dan akan dihisab di akhirat kelak (Al-Rahman [55:31-36]).
Generasi awal jin Islam yang disebut kisah mereka dalam Al-Quran ini selayaknya digelar sahabat nabi kerana memenuhi ciri serta takrifan para ulama hadis iaitu sesiapa sahaja yang bertemu dan beriman dengan Nabi Muhammad SAW.
Sekiranya kenyataan "sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia" ini terus dipegang, kita secara tidak langsung akan menghukum para sahabat Nabi Muhammad SAW jauh lebih jahat daripada manusia, sedangkan para ulama sepakat mengatakan para sahabat adalah adil dan baik.
Generasi awal jin ini juga diiktiraf sebagai rasul atau utusan pendakwah dalam kalangan mereka.
Firman Allah:
يَا مَعْشَرَ الْجِنِّ وَالإنْسِ أَلَمْ يَأْتِكُمْ رُسُلٌ مِنْكُمْ يَقُصُّونَ عَلَيْكُمْ آيَاتِي وَيُنْذِرُونَكُمْ لِقَاءَ يَوْمِكُمْ هَذَا قَالُوا شَهِدْنَا عَلَى أَنْفُسِنَا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَشَهِدُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ أَنَّهُمْ كَانُوا كَافِرِينَ
"Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu rasul-rasul daripada kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu), dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini?")
(Al-An'am : 130)
Hakikatnya, para rasul hanya diutus dalam kalangan manusia. Namun begitu, rasul dari kalangan jin dalam ayat ini adalah wakil kepada rasul atau pendakwah dari kalangan jin yang mendengar bacaan Al-Quran yang dibaca oleh Nabi Muhammad SAW(Tafsir al-Razi). Kisah mereka ini boleh didapati di dalam Al-Quran.
Sebuah hadis turut merekodkan baginda Rasulullah SAW pernah memuji para sahabatnya dari golongan jin yang begitu sensitif terhadap Al-Quran. Baginda pernah membacakan surah Al-Rahman dari awal sehingga akhir kepada para sahabat. Selain itu, para ulama hadis seperti Imam Ibn Hajar Al-Asqalani tidak ketinggalan menyenaraikan nama golongan awal jin bersama nama para sahabat nabi yang lain. Antara nama yang disebut adalah Zawba'ah, Al-Adras, Hasir, Khasir dan sebagainya (Al-Isabah fi Ma'rifat aAl-Sahabah).
Mungkin ada segelintir pihak cuba mempertahankan kenyataan meragukan tersebut dengan mengatakan bukti harian jelas menunjukkan jin banyak melakukan kerosakan dan kebiadapan terhadap manusia. Banyak sekali hasutan dan rasukan berlaku yang memporak perandakan hidup manusia. Sebenarnya kejahatan serta kebiadapan itu tidak hanya berpunca daripada jin, bahkan ia juga berpunca daripada kejahatan manusia.
Firman Allah SWT:
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ (٤١)قُلْ سِيرُوا فِي الأرْضِ (٤٢)فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِنْ قَبْلُ كَانَ أَكْثَرُهُمْ مُشْرِكِينَ
"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah SWT hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)." Katakanlah: "Mengembaralah kamu di muka bumi ini, kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan). Kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik."
(Al-Rum : 41-42)
Oleh itu, pihak yang selalu menggunakan kenyataan tersebut perlu terlebih dahulu merujuk kepada sumber Islam bagi mengelakkan kejadian sebegini terus berlaku.
Biodata Penulis: ABDULLAH BUKHARI ABDUL RAHIM AL-HAFIZ, penulis ialah Pensyarah Jabatan Tilawah Al-Quran, Pusat Bahasa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Cari pasangan hidup ~

 mari hayati lagu ini ..dan carilah isi isi pengajaran yang banyak di dalamnya..moga hidup kita diredhai Allah..Amin...

waallahualam ..

Tabahkan hati ~


rase nya sudah lama saya tak cerita pasal kisah kisah teladan kan..tapi rasanya yang nak bace cerita cerita teladan nie lebih sedikit berbanding dengan orang orang yang bace kisah kisah cinta dan sebagainya...

baiklah..pernahkah anda terfikir kadang kadang anda sering ditimpa pelbagai masalah ..selepas itu ,anda mula merunggut dan mula menyalahkan takdir..Jangan bersikap begitu ...kadang kadang Allah menguji tahap kesabaran dan keimanan diri kita ini..Muhasabah diri semula dan perbaiki kelemahan diri..mungkin sering kali kita lupa dan lalai padaNYA ? ..setiap perkara yang berlaku itu pasti ade hikmahnya..

Berkaitan tentang ketabahan hati ini ,saya ingin membicarakan tentang seorang rasul yang telah diiuji oleh Allah dengan bebanan yang amat kuat dan pastinya sesiapa yang mengalaminya pasti akan mengeluh..


Beliau bernama Nabi Ayub...beliau memiki kekayaan yang amat banyak sehingga tidak ada seseorang pun yang dapat menangininya..Namun begitu ,dia tidak pernah sesekali lalai kepada Allah..Keistimewaan ini menyebabkan Iblis iri hati kepada beliau,lalu iblis ini naik ke langit untuk bertemu dengan Allah..


Kata Iblis"Ya Tuhanku,berikan aku kekuasaan untuk mengoda Ayub dan lihatlah bagaimana aku mengoda dia sehingga dia leka kepadaMU".Maka Allah memberikan kuasa kepadanya kecuali lisan dan jiwanya.lalu,iblis pun turun ke langit bumi dan berteriak kepada jin berkumpul di sisinya.

Iblis ini menyuruh jin jin ini supaya merosakkan semua harta kekayaan Nabi Ayub..Namun begitu,beliau tetap beribadat kepada Allah.Hal ini menyebabkan bertambah begis si iblis ini..Iblis ini kemudian menyuruh supaya jin jin ini menghapuskan anak anak nabi ayub..walaupun begitu,beliau tetap tabah kepada Allah..


maka ,iblis pulang dengan tangan kosong..Kemudian datang lagi ketika beliau sedang mengerjakan ibadatnya.Maka apabila beliau sujud ,iblis meniup ke arah hidung dan mulutnya sehingga badan beliau menjadi kembung serta badannya menjadi berat..


Seterusnya Nabi Ayub diserang pula penyakit cacar pada seluruh anggota badannya..hal ini menyebabkan seluruh kaum kerabat keluarga meningalkan dia..Hanya tinggal Nabi Ayub Dan isterinya,Rahmah...Keadaan beliau semakin hari semakin teruk sehingga habis daging tubuhnya dimakan ulat ulat.Menurut riwayat,sekiranya matahari menyinari di muka akan tebus di punggungnya...masyaallah


Kini yang tinggal pada dia hanyalah jiwa dan lisannya sahaja.Hatinya tidak pernah lupa mengucapkan syukur dan mulutnya tidak pernah berhenti berzikir.Keadaan ini berterusan sehingga 18 tahun.


dipendekkan cerita,berkat kesabaran beliau akhirnya Allah mengembalikan semula harta harta,tubuh badan yang sihat,anak yang ramai dan hidup aman semula...


waallahualam..

Menyesal kerana perbuatannya aneh lagi terkutuk ..=.=

Alkisah ,pada suatu hari Umar r.a mendapatkan Rasulullah sambil menanggis ,maka lalu bertanya Rasullulah s.a.w" Wahai Umar,apakah yang membuat engkau sehingga menanggis?" jawab Umar r.a "Ya Rasullulah ada seorang di muka pintu ini telah membakar hatiku" kata Rasullulah"Ya Umar,bawalah dia masuk"lalu Umar membawa pemuda itu masuk sambil menanggis


Tanya Rasullulah "Apakah yang telah engkau lakukan sehingga engkau menanggis" jawab pemuda itu,"Wahai Rasulullah,aku telah melakukan dosa yang besar!aku sangat takut pada Allah yang sangat murka pada aku.Tanya Rasulullah "Apakah kamu telah mempersekutukan Allah?"jawab pemuda itu "tidak,ya Rasulullah" tanya Rasulullah lagi"adakah kamu membunuh jiwa yang kamu tiada hak untuk membunuhnya ?" jawab pemuda itu"Tidak ,ya Rasulullah"

Sabda Rasulullah"Maka Allah akan mengampunkan dosa dosa kamu walaupun sebesar tujuh petala langit dan bumi dan bukit bukit.Kata pemuda itu ,"Wahai Rasul Allah ,aku telah melakukan dosa yang lebih besar dari bumi,langit dan bukit bukitnya".


Rasulullah bertanya lagi "Apakah dosamu itu lebih besar dari Al-Kursi?"Jawab pemuda itu "Dosaku lebih besar".Maka Rasulallah berkata "katakanlah wahai pemuda,dosa apa yang telah engkau lakukan ?.jawab pemuda itu"Aku malu hendak memberitahumu ,ya Rasulullah"

Rasulullah bertanya dengan kuat "beritahu aku apakah dosamu itu " maka pemuda itu memberitahu "Begini Ya Rasulullah,kerjaku adalah adalah seorang pengali kubur.Aku telah melakukan kerja menggali kubur selama tujuh tahun.Pada suatu hari,aku menggali kubur seorang gadis dari kaum ansar.Setelah aku menanggalkan kain kafannya,maka aku tinggalkan dia"


"Tidak jauh aku meninggalkan dia,maka naiklah nafsuku,Oleh kerana tidak dapat menahan nafsu,aku kembali kepada mayat tersebut lalu aku pun menyetubuhinya.Selepas aku memuaskan nafsuku,maka aku tinggalkan dia.Belum jauh aku pergi beredar dari situ ,tiba tiba gadis itu bangun dan dan berkata "celaka kamu,wahai pemuda!Tidakkah kau berasa malu pada Tuhan yang akan membalas pada hari pembalasan kelak!Bila tiba masanya setiap orang yang zalim akan dituntut oleh yang teraniaya!Kau biarkan aku telanjang dan kau hadapkan aku kepada Allah dalam keadaan junub".


Apabila Rasulullah selesai mendengar keterangan dari pemuda itu ,maka dengan segera Rasulullah bangun sambil berkata "Hai orang fasik,memanglah layak kamu masuk ke nereka dan keluarlah kamu dari sini" maka keluarlah pemuda itu.

Selama 40 Hari pemuda itu memohon ampun kepada Allah dan pada malam ke 44 ,dia memandang ke langit sambil berdoa"Ya Allah ,Tuhan kepada Rasulullah ,jika engkau mengampunkan aku,maka beritahulah Rasulullah dan para sahabatnya.Jika tidak maka kirimkanlah kepadaku api dari langit dan bakarlah aku di dunia ini dan selamatkan aku dari siksa akhirat" 


Tidak berapa lama selepas peristiwa itu ,turunlah Malaikat Jibrail mendapatkan Rasulullah .Selepas memberikan salam Jibrail berkata "Wahai Rasulullah ,Tuhanmu memberi salam kepadamu" jawablah Rasulullah "Ialah Assalam dan daripadanya salam dan kepadanya segala keselamatan"

Kata Jibrail lagi"Allah taala bertanya ,apakah kamu yang menjadikan makhluk? jawab Rasulullah"Allah yang menjadikan makhluk."Tanya Jibrail lagi "Adakah kamu yang memberi rezeki kepada Makhluk ?"Jawab Rasulullah "Allah yang memberi rezeki kepada aku dan makhluknya yang lain "


Kata Jibrail lagi "Apakah kamu memberi taubat kepada mereka?" Jawab Rasulullah "Dia Allah yang menerima taubat makhluknya dan dariku "


Maka Jibrail berkata lagi "Allah berfirman,maafkan lah hambaku itu kerana Aku telah memaafkannya" Maka dengan segera baginda memanggil pemuda itu dan menerangkan kepadanya Allah telah menerima bahawa Allah telah menerima taubatnya dan memaafkannya"

Waallahualam ..Maha suci allah...^__^

Mari khabarkan tentang cinta ^__^


Aku khabarkan tentang cinta kepada kalian dan juga untuk tatapan diriku. Cinta yang memang tidak pernah putus-putus.
Lantas kebahagian, cinta diraih lalu impian disulam bersemadi.
Tidak akan terputus dari susunan  kata yang terungkap indah lalu diikat rapi dengan terbuktinya melalui perlakuan sang pencinta itu sendiri.
Keunikan Cinta.
Dengan cinta, suka boleh menjadi duka. Cinta juga, cuka boleh menjadi madu yang manis.
Dengan cinta, impian bersama cuba digapai. Keburukan ternyata dilihat menjadi  amat menawan. Segala yang terungkap pada setiap kata-kata yang manis.
Lalu kita membicarakan tentang cinta.
Di sini, didefinisikan makna cinta dan dikatakan setiap helaian kamus anda akan menjumpai makna disebaliknya. Setiap jarak dari jasadmu kau akan jumpa pengertiannya.
Bila kita berbicara tentang cinta seolah-olah kita arif bagai kita yang mencipta segala cinta yang tercipta. Diungkapkan madah-madah cinta seperti kita sang pujangga  yang hebat?
Apakah cinta itu pada hubungan Adam dan Hawa dan kisah-kisah manusia lantas hangat dibicarakan dengan dengan penuh kasih kononnya disaluti bait-bait ilmunya.
Aku tidak mampu menjelaskan apa itu cinta tapi aku cuba fahami melalui jelas sifatnya cinta itu sendiri.
Analogi cinta sebagaimana Iman, tersembunyi dalam hati terbuktinya pada setiap tindakan dan kata. Pada setiap langkah yang dipacakkan dan nafas yang dihembus.
Iman yang dipahatkan bersulamkan takwa dan hati seorang hamba.
Cinta Dipahat pada Jalur Pengorbanan.
Sifatnya terukir pada sebuah pengorbanan. Pengorbanan yang dilihat tidak ada jelas bezanya untuk sesiapa pun. Jadi cinta itu sebuah pengorbanan lalu Juliet dan Romeo terkorban.
Majnun menjadi tidak waras dan gila kerana Laila. Cinta si ibu kepada anaknya tidak terhingga untuk membesarkan anaknya dan seorang ayah sanggup berhujan berpanas memberi kehidupan yang selesa kepada sebuah keluarga.
Pada cinta itu wujudnya sebuah kenikmatan yang agung. Kenikmatan Yusuf a.s. memilih kehidupan di penjara kerana dilihatnya nikmat sebenar di sana.
Dan kerana cinta Rasul diutuskan dan diwahyukan setiap kata-katanya daripadanya diambil untuk panduan dan bekalan kita semua.
Oleh sebab nikmat jugalah pejuang teragung Muhammad s.a.w. tidak  pernah berhenti berjuang.
Bicarakan tentang Cinta.
Maka ada bezanya antara cinta sang jejaka dan Syed Qutb. Aku cuba jelaskan bezanya di sini.Apabila kau baca lihat makna cinta, lantas kau lontarkan hanya ada kepada seorang manusia.
Dan aku jarang mendengar tentang cinta teragung yang pernah dunia dan isinya melihatnya.
Cinta yang dahsyat dipamerkan sebagai bukit kecintaan hakiki kepada Penciptanya yang Agung. 
Aku punya pendapat dan pandangan sendiri. Bagiku cinta itu bezanya pada dasarnya.
Pada apa yang kita cuba usaha untuk pegangi.
Sebagai contoh Cinta Romeo dan Juliet dipegang pada dasar manusiawi.
Maka matinya Romeo, matilah Juliet. Begitu juga cinta Majnun dan Laila, ditolaknya Laila cinta si Majnun, gilalah Majnun.
Dilihat pada situasi yang lain di mana cinta itu dihamparkan. Pada segenap keindahan noktah Penciptanya.
Pada Dia Pemilik dan Pencipta cinta. Pada Dia yang menganugerahkan setiap rasa dan pada naluri.
Maka Syed Qutb berdiri berani berhadapan ke tali gantung kepada Tuhannya. 
Dan kerana cinta itu pada kuncinya adalah satu, hanya kepada Allah. Yang  tidak terjangkau oleh masa.
Dia ingin berikan hadiah yang paling terbaik kepada Kekasihnya.
Hatta, nyawa, jasad, hartanya, kekuatannya dan segala apa yang dimiliki olehnya adalah pinjaman daripada Pencipta.
Kekasihnya yang hakiki dan cinta abadi. Letakkan cinta pada tempat yang seadil-adilnya.
Kembali aku kepada nilai kehidupan yang kujalani, lantas aku bertanya adakah semuanya kulakukan bagai seperti apa aku katakan?
Adakah selama ini benar kuletakkan cinta yang agung pada Tuhanku dan Nabiku?
Aku juga tidak membantah apatah lagi menentang kecintaan kalian pada manusia kerana aku juga punya cinta itu pada hatiku.
Akan tetapi aku mahu aku dan kalian juga meletakkan cinta pada tempat yang benar dan hak.
Itulah yang selayaknya kerana aku tahu cinta yang wujud dalam diri adalah daripada cinta Penciptanya jua.
Cinta yang kekal selama-lamanya adalah cinta dari Dia.
Dia Maha Penyayang dan lagi Maha Mengasihani.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...