Bagaimana ALLAH menghidupkan orang orang yang sudah mati ..^___^

Sewaktu Nabi Ibrahim memohon kepada ALLAH untuk ditunjukkan kepada cara bagaimana Allah menghidupkan orang yang telah mati ,maka Allah berfirman "Hai Ibrahim,apakah engkau belum mempercayai kekuasaanku " Jawab Nabi Ibrahim ,"Maha suci Allah,permintaanku ini supaya lebih mendekatkan diri aku kepadaMu ,moga moga doaku dimakbulkan"


Oleh kerana Nabi Ibrahim sangat sabar serta patuh kepada perintah Allah ,maka doanya pun dimakbulkan dan Allah taala memperlihatkan kepadanya bagaimana caranya Allah menghidupkan sesuatu yang mati.

Allah taala kemudian memerintahkan kepada Nabi Ibrahim supaya mengambil empat ekor burung dan dipotong keempat empat burung tersebut dan dicampur gaul sehingga bercampur menjadi satu longgok.

kemudian Allah s.w.t perintahkan Nabi Ibrahim meletakkan beberapa longgok di bukit bukit yang berasingan
dan menyuruhnya memanggil kembali burung burung tersebut satu persatu.

Maka apabila Nabi Ibrahim memanggil burung burung tersebut ,maka bercamtumlah daging ,tulang dan bulu serta kembalilah menjadi burung itu seperti sedia kala.dan hiduplah burung itu mulanya.

semua kisah ini Allah memperlihatkan dalam Al-Quran dalam surah Al-Baqarah ayat 260 dan ketahuilah bahawa tiada keraguan dan syak bahawa manusia itu tetap akan dibangkitkan oleh Allah apabila tiba hari kebangkitannya

waallahualam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...