Buatlah sesuatu perkara hanya kerana Allah s.w.t :) (Part 2)

........Setelah beberapa minit kemudian,akhirnya wanita tersebut sudah kekenyangan lalu dipanggil Aminah untuk mengira semua jumlah harga yang perlu dibayar. Harga yang perlu dibayar tidaklah terlalu mahal memandangkan wanita tersebut hanya memesan air teh panas dan nasi goreng , tetapi wanita tersebut telah memberi RM50 kepada Aminah . Aminah bergegas masuk semula ke dalam kedainya untuk menukar duit itu untuk diberikan semula baki kepada wanita tersebut. Belum sempat Aminah ingin memulang semula baki wang itu ,si wanita itu telah meninggalkan dia . Aminah juga terlihat ada sepucuk surat yang telah dihempap sekali dengan pinggan .

Di dalam sampul surat tersebut terdapat kata kata dan sejumlah wang yang amat besar. Jadi inilah kata kata di dalam surat tersebut " Wahai orang kampung yang budiman, tadi sebelum aku singgah ke kedaimu ,kereta aku telah kerosakkan di tengah tengah kampung ini. Jadi, aku dalam ketakutan memandangkan bermacam macam perkara yang sering berlaku dalam hidup sekarang, tiba tiba datang seorang lelaki datang menolongku dengan bersungguh sungguh tanpa memikirkan ganjaran yang ingin aku berikan . Lelaki tersebut telah mengatakan padaku bahawa ganjaran tersebut perlu diberikan kepada orang yang betul betul memerlukan.Jadi,aku rasa engkau lah orang tersebut"


Aminah kelihatan amat bersyukur kepada Allah dan kegembiraan amat tak terkata .Lalu dia bergegas menutup kedainya dan pulang untuk bertemu suami tersayangnya di rumah. Setibanya di rumah , dia terlihat suami yang sedang keletihan bekerja lalu dikejutkan perlahan lahan "Bang bang, bangunlah kejap bang...bang,bang bangunlah kejap.. minah nak cakap sedikit ni bang" dengan nada yang sayu . terpinga pinga si suami tersebut bangun lalu bertanya mengapa wahai isteriku . Aminah lalu menjawab "Bang, hari ni kita dapat rezeki banyak bang ,cukup untuk anak kita yang bakal lahir ni kelak "


Dipendekkan cerita rupanya suami si Aminah ini bernama Kassim yang telah menolong wanita yang dalam kesusahan tadi dengan ikhlas ,jadi Allah telah memberikan ganjaran kepada nya semula . Ada hikmah di setiap kejadian.. Koleksi cerita ayah ini amat bermakna dalam diri ini, sentiasa bermain dalam fikiran..



Jadi kesimpulannya, Jika kita ikhlas menolong orang , mungkin suatu hari nanti apabila kita dalam kesusahan ,akan datang orang yang akan menolong kita juga :)) hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui setiap kejadian :)

4 comments:

  1. aah :D ada hikmah di sebalik kejadian ;)

    ReplyDelete
  2. kalau boleh besa sikit font tu lagi ok.hee. aya ni rabun sikit :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha laa aik? tak okay eh? okay insyaAllah ~

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...