Ada hikmah di setiap perkara (Part 1)

Kisah kedua kali ni berkisarkan tentang kehidupan seorang yang hidup dalam keadaan mewah, Kali ni nak ceritakan perihal seorang ayah yang tidak ingin memberikan apa yang diingini oleh anaknya...


 Ayahnya seorang yang kaya , bekerja sebagai pengurus di sebuah syarikat ternama di Malaysia . walaupun memiliki perbagai aset yang berharga , tapi ayahnya seorang yang baik hati, tidak sombong , berfikiran terbuka dan sering adil terhadap pekerjanya .Nama beliau ialah Encik Ahmad .semua pekerjanya amat menghormati diri beliau kerana mempunyai perwatakan yang baik terhadap mereka. Tetapi perwatakan ini tidak langsung dicontohi oleh anak dia , jauh sama sekali . Anak nya yang bernama Amin juga amat dikenali di sekolah bukan kerana mempunyai perwatakan yang baik tetapi sebaliknya . Nama Amin sering meniti di mulut cikgu cikgu di sekolah kerana mempunyai perwatakan yang teruk.

Isteri Encik Ahmad telah meninggal dunia sejak Amin dilahirkan lagi , Amin telah dibesarkan tanpa kasih sayang daripada seorang ibu , ditambah pula ketika itu ayahnya sedang sibuk mencari rezeki untuk menyara kehidupan mereka memandangkan pada saat itu bapa baru sahaja memulakan perniagaan , jadi pelbagai dugaan yang datang bertubi tubi . Dijadikan cerita , Amin telah kehilangan kasih sayang seorang emak dan hilang perhatian daripada bapanya sendiri . Amin telah dibesarkan di rumah makciknya di Kuala Lumpur , jadi amin telah dibesarkan di kehidupan kota yang penuh dengan cabaran jugak . Kelakuan Amin semakin lama semakin menjadi jadi.Kadang kala ayahnya ada datang menjenguk tetapi hanya seketika sahaja . Selang beberapa tahun kemudian , Amin telah menjadi dewesa , pelbagai perkara buruk dan baik telah dipelajari tanpa tunjuk ajar dan pengetahuan bapanya sendiri,Encik Ahmad.

Selang beberapa tahun kemudian tu jugak, syarikat Encik Ahmad  mendapat keuntungan melipat ganda dan kehidupan Encik Ahmad semakin kaya . Apa sahaja yang dituruti oleh Amin ditunaikan sahaja oleh Encik Ahmad. Semakin lama , perangai Amin menjadi jadi dan hal ini disedari oleh Encik Ahmad . Amin sering kali mengeluh , memaki hamun jikalau apa yang diingini tidak ditunaikan . Encik Ahmad sedar punca sikap buruk Amin ini berlaku kerana puncanya sendiri , tidak memberikan tunjuk ajar yang baik kepada anaknya sendiri.

Di alam persekolahan, Amin amat dikenali sebagai seorang pelajar yang jahat ,sering sahaja ponteng kelas, buli orang, ramai kawan kawan seangkatannya memandangkan Amin ini datang dari keluarga yang berada , apa yang diminta oleh kawannya akan dituruti , rokok?duit? semuanya tiada masalah baginya.Semakin lama , perangainya menjadi jadi , tingkah laku nya telah dilaporkan kepada bapanya. Apa yang mampu lagi Encik Ahmad lakukan? bila ditegur , memarahi amin , si amin ni akan marah balik , masuk bilik dan hantak pintu kuat kuat . Encik Ahmad telah banyak bersabar dengan tingkah laku anaknya....

Keputusan SPM telah diumumkan , keputusan yang Amin dapat teruk sungguh . Dia taknak meneruskan pelajaran lagi , nak duduk rumah dan hanya makan duit hasil kerja bapanya sendiri...Satu hari tu, dia telah bercakap ayahnya dan inginkan sebuah kereta. Tetapi Ayahnya tidak menghiraukan apa yang diminta oleh anaknya sendiri . Fuhh apa lagi bertambah tambah marahlah si amin ni kan....

Selang beberapa hari kemudian,Encik Ahmad telah memanggil anaknya ke dalam biliknya . Beliau telah menyerahkan sebuah buku tebal yang mempunya tajuk tersendiri ...


adakah Amin inginkan buku tersebut?Apa yang terdapat dalam buku tersebut?



Bersambung Part 2 . Saksikan sedutan yang akan datang.... muehehehehe

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...