Ada hikmah di setiap perkara (Part 2)

Nampaknya gaya buku yang telah diberikan oleh Encik Ahmad tidak diambil oleh anaknya,Amin. Encik Ahmad tersangat sangatlah kecewa dengan perangai si amin ni. Encik Ahmad hendak sahaja memarahi amin tetapi apabila dimarahi nanti mesti si amin ini akan memarahi dia semula. Amin mencampak buku itu diatas katil kepunyaan ayahnya lalu beredar dari rumah.



Untuk makluman semua, tajuk buku tersebut bertajuk "Masih belum terlambat untuk berubah'' . Selepas itu , Encik Ahmad mengangkat semula buku itu dan diletakkan baik baik di meja solek/cermin . Hari berselang hari , masa semakin berlalu pantas, masa semakin mencemburui .... Kehidupan Amin makin hari makin tidak menjadi , ada sahaja tidak kena . mungkin balasan kepada dia yang sering kala menyakiti hati seorang ayah .

Sebelum Amin berlalu pergi daripada rumah ayahnya itu , ayahnya telah mengeluarkan kata kata yang cukup mencabar diri iaitu " Jangan kau jejak kaki ke rumah ini dan berjumpa dengan aku selagi kau tak berjaya dengan usaha kau sendiri " . Semenjak dari itu , Amin mencari kerja tanpa ada sedikit pun bantuan daripada ayahnya sendiri . Tetapi malangnya kesemua kerja yang diceburinya tidak menjadi . Again , mungkin ini balasan kepada dirinya sendiri ,degil ,sering ikut kepala sendiri sehingga menyebabkan hati ayahnya terluka dan tiada keberkatan sepanjang dia menceburi bidang pekerjaan .



Pada Suatu hari , ketika Amin tengah sibuk mencari kerja baru ,dia telah dikejutkan dengan satu panggilan yang mengejutkan . Orang yang telah menelefon itu ialah kawan baik ayahnya sendiri , dia pun tak tahu bagaimana ayahnya dapat mencari no telefon dia. Kawan ayahnya telah mengatakan bahawa ayahnya telah jatuh sakit , keadaannya tersangat sangat tenat ,jenguklah ayahmu di hospital sekarang .Sekeras keras hati seorang manusia ,mesti ada sedikit ruang di hatinya mesti merindui seseorang yang dia sayang kan :) Jadi, dia pun bergegas ke hospital yang telah diberitahu ..

tetapi malangnya..............



Masa tidak mengizinkan si Amin untuk bertemu dengan Ayahnya.Amin menanggis teresak esak melihat tubuh ayahnya yang kaku , tidak sempat untuk memohon kemaafan daripada Ayahnya . Pada saat itu , Amin merasakan dirinya tersangat sangat berdosa kepada ayahnya. Setelah dimandikan ,dikafankan,disolatkan lalu dikebumikan jenazah ayahnya di kampung asal ayahnya. Amin termenung jauh memikirkan kesilapan ,dosa dosa dia ketika bersama dengan ayahnya , tersangat sangat banyaknya kesalahan dia . apa apa yang berlaku pun nasi sudah menjadi bubur, tidak berguna lagi si Amin untuk mengubah segalanya kerana sudah terlambat.....

Setelah semuanya selesai , lalu Amin pulang semula ke rumahnya . Hampir bertahun tahun juga Amin tidak pulang ke rumahnya ini . Pada ketika itu, dia merasakan suasana dalam rumah sunyi sepi , tiada apa yang tinggal lagi . kebahgiaan?gembira? semuanya sudah tiada . Dia melihat semula biliknya , masih kemas seperti sedia kala .. semuanya barang barangnya masih ada lagi .. Terlintas dalam hati untuk melihat bilik ayahnya , tetapi dia tidak mahu takut nanti akan bergelinang air matanya :'( .......



Selepas itu, selang beberapa hari ....*ring ring ring* ... Kedengaran bunyi deringan telefon di ruang tamu .. bergegas si amin pergi dan mengangkat telefon.Rupanya panggilan daripada seorang peguam ayahnya ..Peguam tersebut ingin bertemu dengan Amin untuk berbincang sesuatu. Pada petangnya itu , peguam tersebut telah datang rumah Amin dan proses perbincangan pun bermula . Peguam tersebut telah mengatakan bahawa kesemua harta milik ayahnya telah diwasiatkan kepada anak anak yatim dan orang miskin yang memerlukan , dan ayah telah meninggalkan sepucuk surat kepada Amin, dia berharap sangat Amin akan membacanya .. Lalu Amin membuka surat tersebut dan kata kata ayahnya ialah:-



''Wahai Anak yang disayangi, semasa anak membaca surat ini , Ayah sudah tiada lagi di dunia ini ..Ayah telah menghadap pencipta yang Esa ..Untuk makluman yang anak disayangi, pada saat anak meninggalkan rumah ini tanpa mendengar penjelasan lanjut daripada Ayah , Ayah sungguh merasakan tersangat sangat lah sedih dan sangat merindui kamu nak. Ayah bukan saja saja memberikan buku itu kepada kamu, biarlah pada saat ini ayah memberitahu perkara yang sebenar yang ada di dalam buku tersebut . Sebenarnya di halaman belakang buku tersebut terdapat kunci kereta yang kamu inginkan , niat utamanya ayah pada ketika itu mengiginkan kamu untuk menbaca inti pati yang terdapat dalam buku tersebut tetapi semuanya tidak menjadi setelah kamu pergi tanpa menghiraukan ayah... Untuk makluman lagi , masih terdapat lagi kunci kereta di dalam buku tersebut dan telah diletakkan di meja solek/cermin di dalam bilik ayah.. Permintaan terakhir ayah, bacalah buku tersebut, hayatilah sepenuhnya inti pati dalam buku tersebut dan sebagai balasan ayah menghadiahkan kunci tersebut kepada kamu,wahai anak tersangat ayah,Amin .. Ayah tidak pernah melupakan tanggungjawab sebagai seorang ayah , ayah juga telah mewasiatkan sebuah rumah di kampung ayah ..Jagalah sebaik baiknya seperti mana ayah menjaga kamu dari dulu sampai sekarang . Berubahlah nak , masih belum terlambat ..Segala silap kamu,ayah telah maafkan lama dah...Yang terakhir sekali,,Maafkan segala silap ayah yang tidak mampu menjaga kamu sebaik baiknya, tidak berikan ilmu agama yang cukup ..Maafkan Ayah...Doakan Ayah semoga berbahagia di sana nak ..Ayah sangat sayang pada Amin"

Untuk yang tersayang,
Encik Ahmad


Bergelinang air mata Amin turun tanpa henti ....

~banyak pengajaran yang boleh kalian dapati di sana , tak perlulah saya tulis disini . terlalu banyak kan :)
sayangilah mak dan ayahnya anda selagi dia masih hidup . Jangan biarkan kita menyesal bila mereka tiada ada lagi di dunia ini..... Sekian..... :)

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...