Minggu Pertama Semester 4

Assalamualaikum w.b.t . *senyum sikit* haa kan comel tu :)

Jam dah menunjukkan pukul 3 lebih dah ni tapi mata masih tidak mahu tutup . mungkin kalau macam ni berlarutan saban hari . memang terjejas kesihatan saya nanti ni kan . hmm .


Entry kali ni sebenarnya dah lama nak dikarya tapi mungkin disebabkan masa mengatasi segalanya plus wifi kolej yang sentiasa tidak betul . muehehehe .


Seingat saya, Ayah dan Mak hanya pernah hantar saya sekali sahaja sepanjang saya di UiTM Arau ni . Then , melawat tu pun dalam semester 1 jugak rasanya .itu pun hanya sekali sahaja. Selepas tu , dah tak ada melawat,menghantar or mengambil saya di sini . Tujuan saya menulis entry kali ni bukan tujuan menagih simpati dari kalian semua tapi ada benda yang nak diperkatakan.





Saya dibesarkan dalam kehidupan yang sederhana walaupun gaji hasil pekejaan mak dan ayah sangat banyak . Setiap kali inginkan barang barang yang mahal saya akan pikir dua tiga kali nak mintak dekat ayah or mak,dan mungkin ini disebabkan saya tak dibesarkan dengan kemewahan. Jadi,benda ni mempengaruhi sehingga sekarang. Nak mintak apa apa yang mahal dekat Ayah or Mak,saya tak sampai hati nak mintak . Jikalau anda rapat dengan saya, awk akan nampak hanya pernampilan sederhana dari saya. Saya tak suka dibesarkan dengan kemewahan kerana bagi saya benda tu akan memudaratkan kehidupan saya kelak . Mungkin saya akan kekalkan kehidupan sederhana saya sekarang ini sampai akhir hayat saya :) and I really like my life now ~


Selalunya , ketika mahu pulang ke Arau . kenderaan yang bakal saya naiki ialah Bas. Tapi yang uniknya bukan selalu Mak dan Ayah akan menghantar saya ke stesen bas ,selalunya abang je . Kadang kadang ada rasa timbul sedih bila lihat student2 lain bila nak pulang semula ke destinasi yang jauh2 ni mesti ada mak dan ayah yang meneman mereka sementara menunggu kedatangan bas. Tapi kenapa Mak dan Ayah tidak menemani saya ketika di stesen bas?




But One day ,semua pertanyaan ini terjawab apabila Ayah tiba tiba memanggil saya dan membuka satu cerita yang berkaitan dengan pertanyaan ini. Ayah pun memulakan bicara " Kim,kau nak tahu tak kenapa Mak dan Ayah tak nak teman kau sekali dekat stesen bas bila tiba masanya kau pulang ke Arau? "


Ayah menyambung lagi percakapannya " Ayah dan Mak bukan tak nak teman kau tapi ayah tak sampai hati bila tengok mak mesti sedih bila tengok kau pergi,lambai lambai tangan dalam bas ,, mungkin kau tak nampak mak sedih sampai melilih air mata lihat anak dia belaja jauh jauh ni "


Masa Ayah cakap tu saya termenung melihat mak yang ketika itu jugak ada dengan ayah tapi mak seolah olah macam taknak tahu yang dia sebenarnya sedih terkenang anak dia yang seorang je belaja paling jauh sekali . hujung Malaysia tu . hehehe :') tapi saat tu mak pandai menyembunyi perasaan sedih dia tu , dia senyum2 gelak untuk sembunyikan semua tu . tapi dalam lubuk hati saya ,saya tahu mak yg paling sedih bila terkenang anak lelaki dia yang belaja jauh jauh ni ,dah la dia sorang je belaja paling jauh jauh . Anak anak yang lain pun belaja dekat dekat je .





Dan apabila semuanya telah terjawab , jadi setiap kali saya berada di stesen bas untuk pulang ke destinasi yang dituju ,saya akan betulkan niat saya ..bahawa saya belaja kali ini untuk mencari ilmu,menjadi insan cemerlang dan akan perbetulkan kesilapan ketika di zaman persekolahan dulu.





Alhamdullilah .keputusan untuk semester1 hingga semester 3 semuanya cemerlang berkat doa daripada Ayah dan Mak plus usaha :) selepas ini , saya akan menempuh untuk dua semester lagi . hmm tak sabar rasanya nak graduate nanti :) korang semua doakan kan yeeeeee :)


A.Hakim
Pukul 3.48 a.m
JUMAAT 7 DIS 2012

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...