Seorang abid dengan pelacur yang cantik

Dari Abul-laits Assamarqandi berkata :

"Aku memdengar ayahku bercerita".

Pada suatu hari di kalangan Bani Israil ada seorang wanita pelacur yang paling cantik .Dia selalu duduk diatas tilam di dalam rumahnya itu selalu dibuka pintunya sehingga tiap orang yang berjalan di muka pintu akan tertarik dengan kecantikkannya dan sesiapa yang hendak masuk haruslah membayar 10 dirham .

Maka pada suatu hari ,lalulah seorang abid di depan pintu wanita itu tersebut.Apabila dia terpandang wanita tersebut yang sedang duduk di atas tilam,maka dia sangat tertarik kepada wanita tersebut,,tetapi dia tetap berdoa semoga ALLAH menghilangkan yang tidak terdapat dikawalnya.

Oleh kerana dia tidak dapat mengawal perasaannya,maka dia berusaha mendapatkan wang sehingga dia terpaksa menjual beberapa helai kainnya .

Tepat pada waktunya,si abid ini datang sedang si wanita itu telah berhias dan duduk menantikannya di atas tilamnya,maka masuklah si abid ini dan duduk bersama wanita itu di atas tilam dan ketika itu si abid menghulurkan tangan maka teringatlah dia akan ALLAH melihat perbuatan hambaNYA itu ..

maka gementarlah seluruh anggotanya sebab perbuatan yang terkutuk itu akan mengugurkan segala amal yang lalu,Maka ditanya oleh wanita itu "Mengapa muka kamu tiba tiba berubah ?mengapakah dengan kamu".Maka abid itu menjawab "Aku takut kepada ALLAH.kerana itu izinkan aku keluar dari sini!"Maka berkata wanita itu 'Belum pernahkah kamu melakukan perkara ini sebelum ini ?".
Jawab Si abid ini "Belum pernah ".

Maka keluarlah si abid itu dari situ sambil menangis dan meletakkan tanah di atas kepala sehingga wanita itu terpenggaruh melihat keadaan si abid itu lalu berkata dalam hatinya orang ini baru pertama kali membuat dosa sudah takut tapi aku berbuat dosa bertahun tahun,padahal tuhannya itu tuhan ku juga,maka seharusnya aku harus lebih takut berbanding dia .

Maka semenjak dari peristiwa itu,wanita tersebut menutup pintu rumahnya dan bertaubat kepada ALLAH sambil melakukan ibadat,Kemudian timbul dalam hatinya,"Baik aku pergi ke rumah orang abid itu ,kalau kalau dia mahu berkahwin dengan aku dan dapatlah aku belajar agama daripadanya" .lalu bersiap siaplah dia membawa harta dan hambanya sehingga dia sampai pada dusun si abid ini

Apabila Abid itu mendapat tahu ada seorang wanita hendak menemuinya,maka keluarlah dia untuk menemui  tamunya itu dan apabila wanita itu melihat si abid maka segeralah dia membuka tudung mukanya supaya si abid dapat mengenalnya,tetapai apabila si abid melihat wanita itu maka teringatlah perkara silam .tidak semene mene menjeritlah si abid ini sekuat-kuatnya sehingga mati ...

wallahualam...


6 comments:

  1. dah tamat ker??larr,,,mati terus abid 2??x caye ak,,huhuh

    ReplyDelete
  2. mati kerana terlalu malu pada ALLAH .
    dia teringat masa lalu ..waallahuaalam ,

    ReplyDelete
  3. yeye je mati...bio betul kim...bukan ending die cmni ke...
    "abid tuu membimbing wanita tersebut ke jalan yang benar"....hehehe

    ReplyDelete
  4. abid itu mati ...wanita itu berkawin dgn saudara abid itu lalu dirinya berubah menjadi baik...amin...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...