HOKI ~

Tahun 2006-di asrama lubuk cina ...

Dekat asrama lubuk china dulu,memang terkenal kerana sekolah ini pernah merampas semua kategori iaitu perempuan 15 dan 18 tahun,lelaki 15 dan 18 tahun peringkat masjid tanah...di sinilah ramai lahir pemain yang mempunyai potensi yang besar untuk diperkembangkan...

inilah gambar cikgu yang mengajar pemain pemain hoki smklc...

beliau juga merupakan warden di asrama smklc,dan sangat tegas...tak ada sape sape yang berani melawan kata kata beliau...

First time,aku masuk sekolah ni aku rasa hairan kenapa tiap tiap petang je mesti ada sukan hoki...tak ada sukan lain...pada mulanya,aku tak suke sangat main hoki nie...tapi untuk meneruskan jejak langkah abang abang senior yang hebat dalam sukan hoki,kami pelajar form 1 2006 dilatih menjadi pemain pelapis bawah 15 tahun..hampir semua pelajar pelajar form 1 sudah pandai main hoki...tapi tidak aku...aku masuk ke sekolah ini lambat maka lambatlah untuk mahir dalam sukan ini...

mula mulanya memang kekok sedikit,tapi lama kelamaan timbul dalam hati bahawa sukan ini amat menyeronokan,,apabila dapat mengelecek dan menjaringkan gol dapat kepuasan dalam diri...
saingan pada ketika itu memang hebat hebat belaka ,,lagi lagi aku orang baru dalam arena ini...takpelah...bak kata pujangga "perjalanan seribu batu bermula dengan selangkah" ..

Asrama ini jugak pernah berlawan dengan sekolah akademi sukan di England ..memang mulanya tak percaya ..*hebat jugak sekolah aku niee...haha..tetapi kesudahan permainan berpihak kepada akademi England dengan keputusan 11-2 kot..lupa lupa ingatlah...

walau bagaimanpun,terima kasih cikgu walaupun hanya sekejap melatih kami pelajar form 1 2006...=))

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...