Arwah Siti Hajar Ahmad Sabir

Assalamualaikum w.b.t




Entry kali ini bakal menceritakan salah seorang sahabat yang telah pergi dulu menghadap Maha Pencipta.Sebelum itu , mari kita sedekahkan al fatihah kepada Allahyarham, semoga beliau akan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman :)

Firstly,korang baca ni dulu .... 

Then,baca ini pulak :'( 

dan,yang ini......... 
Korang semua boleh lihat link ini yang ada kaitan tentang Arwah Siti Hajar  :- http://www.youtube.com/watch?v=7Gnw6mpRtK0

Maha Suci Allah, setelah habis menonton video ini , anda sendiri yang boleh menilai :)

Dakwah Terakhir beliau telah dipaparkan di muka muka akhbar :)



Allahyarham Siti Hajar merupakan kawan saya di SMK Lubuk China,Melaka pada tahun 2007 ,kalau tidak silap saya. Allahyarham sangat ceria dan periang ,kadang kadang tingkah laku beliau menceriakan satu kelas 2RKA2007.Kadang-kadang ,biasalah akan berlaku sedikit salah faham antara satu sama lain,hidup berkawan.ada kalanya ada suka,duka dan gembira kan :)

Allahyarham telah memberikan motivasi kepada saya ,pada ketika itu pertama kali saya menjejak kaki ke alam universiti .Beliau telah menyatakan bahawa tidak perlu membandingkan diri dengan orang lain,kena percaya pada diri sendiri,beliau ingin melihat saya berjaya dalam bidang sukan iaitu hoki :) InsyaAllah apa yang telah diperkatakan akan disemat dalam lubuk hati :)

Sebelum pemergian beliau ,ada juga seorang sahabat ,kelas yang sama 2RKA2007 ,bernama Allahyarham Ilias telah menghadap Ilahi pada tahun 2007.Beliau juga sangat ceria ,suka gelak tawa ,jarang lihat dia marah marah ..suka lagu nasyid ,antaranya Setanggi Syurga-UNIC :) lagu fovourite beliau :)

''Kawan ,bertahun kita bersama. bagai semalam baru bersua.Kawan,ohh indahnya kita bersama berkelana.Namun kita jauh di dunia sendiri,bekalan sendiri,bekalan sendiri dan impian sendiri"

''Kawan,hidup ini umpama langit yang tidak selalu cerah"

''Kawan,hidup ini umpama langit yang tidak selalu putih"

"Sudah menjadi lumrah kehidupan,pasti akan ada datang dan pergi . Sudah menjadi kepastian bahawa yang bernyawa akan merasai kematian . ''



Al-fatihah :')


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...